Ikuti Kami:

“Bukan CG..” – Kim Hieora Dedah Rakam Dengan Ular Sebenar Dalam ‘The Glory 2’

“Bukan CG..” – Kim Hieora Dedah Rakam Dengan Ular Sebenar Dalam ‘The Glory 2’

Baru beberapa hari ditayangkan, namun bahagian kedua “The Glory” terus berjaya memenangi hati semua penonton.

Bukan sahaja teraju utama Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun yang menjadi perhatian, namun pelakon pembantu lain turut mendapat ‘spotlight’ dari penonton. Antara dari mereka ialah Kim Hieora yang membawa watak Lee Sa-ra, seorang anak orang kaya yang ketagih dadah dan seks bebas.

Menerusi sebuah temubual rasmi, wanita itu telah mendedahkan pelbagai kisah disebalik tabir drama itu,

Pihak produksi ada bertanya, ‘Awak dah baca ke skrip episod ke-12? Saya merasakan bahawa ia merupakan babak yang menarik’. Dan apabila saya membaca skrip, saya berasa teruja.

kim hieora the glory

Malah wanita itu mendedahkan yang pelakon lain seperti Park Yeon-jin (Im Ji-yeon) dan Choi Hye-jeong (Cha Joo-young) turut meluahkan rasa cemburu dengan babak hebat tersebut.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia merakam babak tular dalam gereja bersama ular sebenar dan bukannya efek grafik (CGI),

Ketika merakamkan babak itu, dan terdengar ‘Oh, ular sudah sampai’. Sambil berbaring, pengarah menyuruh saya menyapa ular tersebut dan mengatakan bahawa saya akan berlakon dengannya.

kim hieora the glory

Lah ular betul ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...