Ikuti Kami:

Buat Pertama Kali, Kumpulan Highlight Bakal Muncul Dengan Album Baru Bersama 4 Ahli Sahaja

Buat Pertama Kali, Kumpulan Highlight Bakal Muncul Dengan Album Baru Bersama 4 Ahli Sahaja

Wow! Berita gembira untuk semua peminat K-Pop generasi kedua. Khabarnya kumpulan Highlight (dulu dikenali sebagai ‘BEAST’) akan membuat kemunculan semula tak lama lagi.

Daripada laporan eksklusif media, Highlight akan kembali dengan album baru pada awal Mei nanti. Album ini merupakan kemunculan pertama kumpulan ini secara penuh sejak November 2018 di mana album mini ke-11 mereka dikeluarkan iaitu ‘Outro’.

‘Outro’ juga merupakan album terakhir mereka bersama Yong Jun-hyung selepas dia sah mengundurkan diri daripada Highlight dek terpalit dengan isu Burning Sun.

highlight

Selepas laporan ini tersebar, agensi mereka Around Us turut mengesahkan berita tersebut dan mendedahkan bahawa mereka berharap dapat meriliskan album tersebut pada Mei ini.

Disebabkan ini ialah kali pertama Highlight akan kembali dengan 4 ahli sahaja iaitu Yoon Doo-joon, Lee Gi-kwang, Yang Yo-seob dan Son Dong-woon, jadinya ramai yang ternanti-nanti apakah kelainan yang akan dibawa oleh Highlight dalam era baru ini.

Syoknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...