Ikuti Kami:

Buat Kemunculan Pertama Selepas Kes Cerai, Ahn Jaehyun Mohon Maaf Semasa Sidang Media ‘Love With Flaws’

Buat Kemunculan Pertama Selepas Kes Cerai, Ahn Jaehyun Mohon Maaf Semasa Sidang Media ‘Love With Flaws’

Walaupun sedang menghadapi kemelut rumah tangga dengan isterinya iaitu Gu Hyesun, Ahn Jaehyun nampaknya tetap tabah menjalani kehidupan sehariannya. Meskipun dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada rancangan hiburan “New Journey To The West” musim ke-7, dia tetap meneruskan penggambaran drama “Love With Flaws” sebagai watak utamanya.

people with flaws ahn jaehyun

Khabar angin juga mengatakan bahawa lelaki itu turut mengasingkan diri semasa di set penggambaran drama tersebut disebabkan oleh kes penceraiannya itu. Mana tak kekok apabila Gu Hyesun menuduh dia berselingkuh dengan heroin “Love With Flaws” iaitu Oh Yeonseo dan Kim Seulgi.

Pagi ini (27 November), sebuah sidang media untuk mempromosikan drama terbaru itu telah diadakan di bangunan MBC di Seoul. Selama kes penceraian Ahn Jaehyun berlangsung, ini adalah kali pertama dia memunculkan diri di hadapan khalayak ramai.

ahn jaehyun minta maaf

Menyedihkan apabila ucapannya bermula dengan perkataan maaf. “Perkara pertama yang saya fikirkan ialah betapa bersalahnya saya rasa terhadap penonton dan semua yang terlibat dengan drama ini. Disebabkan oleh masalah peribadi saya, banyak isu yang timbul. Saya ingin meminta maaf. Saya masih rasa tidak tenang, risau sekiranya saya akan menyusahkan semua orang walaupun untuk sidang media ini.”

Untuk pengetahuan anda, “Love With Flaws” mengisahkan tentang Lee Kangwoo (Ahn Jaehyun) yang sangat narsistik dan obsesinya terhadap wajah bermula selepas cintanya ditolak kerana kehodohannya. Joo Seoyeon (Oh Yeonseo) pula merupakan seorang guru pedidikan jasmani yang bencikan lelaki kacak. Ini disebabkan oleh tiga orang abangnya yang terlalu tampan sehingga sering membawa masalah kepadanya. Dia hanya mahukan seorang lelaki yang normal sebagai pasangan hidupnya. Bersama-sama, mereka cuba melawan persepsi buruk masing-masing bagi mencari cinta sejati.

drama love with flaws

Apa-apa pun, harapnya Ahn Jaehyun tabah menghadapi dugaan ini. Semoga drama “Love With Flaws” mendapat rating yang tinggi! Jangan lupa untuk saksikan drama ini yang akan memulakan tayangannya pada malam ini.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...