Utama Drama Korea Buat Kejutan, ‘Mouse’ Bakal Tayang Episod Spin-Off Bertajuk ‘Mouse: The Predator’ Pada...

Buat Kejutan, ‘Mouse’ Bakal Tayang Episod Spin-Off Bertajuk ‘Mouse: The Predator’ Pada 28 April Ini

mouse: the predator

Semakin menghampiri penamat, semakin mendebarkan plot yang disajikan oleh drama “Mouse”.

Untuk pengetahuan anda, “Mouse” membawa kisah seorang lelaki baik Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif Go Moo-chi (Lee Hee-jun) yang ingin membalas dendam terhadap seorang psikopat.

Rata-rata penonton nyata terkejut selepas tayangan episod ke-14 apabila Jung Ba-reum berubah perangai 180 darjah dan mula berkelakuan seperti seorang psikopat. Menurut klu yang ditinggalkan, Go Moo-chi juga semakin hampir membongkar identiti sebenar rakan sekerjanya itu.

mouse: the predator

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, laman penstriman TVing mengesahkan bahawa “Mouse” akan meriliskan episod spin-off kepada siri tersebut bertajuk “The Predator” pada 28 April nanti.

Sama-sama kita saksikan tindakan lanjut Jung Ba-reum selepas mula menerima identiti sebenarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...