Ikuti Kami:

BTS ‘Permission To Dance’ & ‘DNA’ Terima Sijil Platinum RIAJ Di Jepun

BTS ‘Permission To Dance’ & ‘DNA’ Terima Sijil Platinum RIAJ Di Jepun

BTS telah menerima dua lagi gelaran platinum di Jepun!

Lagu “Permission to Dance” dan “DNA” oleh BTS telah dimasukkan dalam senarai karya yang disahkan sebagai platinum (bertarikh September 2021) yang diumumkan oleh ‘Recording Industry Association of Japan’ (RIAJ) pada 25 Oktober.

Kedua-dua “Permission to Dance” dan “DNA” telah melebihi jumlah 100 juta penstriman, menjadikan lagu tersebut layak menerima gelaran platinum.

BTS DNA“Permission to Dance” telah dikeluarkan pada 9 Julai dan merupakan lagu yang terang dan menyeru bahawa kita tidak memerlukan kebenaran untuk menari. Lagu “DNA” pula dikeluarkan pada September 2017 sebagai judul lagu untuk album mereka “Love Yourself: Her” dan merupakan lagu genre pop EDM dengan lirik yang menyatakan cinta muda dan berani.

Awal tahun ini, lagu “Butter” versi CD telah disahkan platinum (bertarikh Julai 2021) di Jepun kerana mempunyai lebih 250,000 unit dihantar.

Tahniah BTS atas pencapaian terbaru mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...