Ikuti Kami:

BTS Pecah Rekod Peribadi, MV ‘Butter’ Catat 10 Juta Tontonan Dalam Masa 13 Minit Sahaja

BTS Pecah Rekod Peribadi, MV ‘Butter’ Catat 10 Juta Tontonan Dalam Masa 13 Minit Sahaja

Memang dahsyat betul penangan BTS!

Selepas kejayaan “Dynamite”, kumpulan idola popular itu kembali dengan single bahasa Inggeris terbaru bagi menyambut musim panas kini.

Baru sahaja diriliskan sebentar tadi menerusi saluran HYBE, muzik video “Butter” sudah pun mencipta rekod yang membanggakan. Bayangkan dalam masa 13 minit sahaja, video tersebut sudah pun meraih sebanyak 10 juta tontonan. Wow!

Kalau anda nak tahu, rekod BTS sebelum ini ialah 10 juta tontonan dalam masa 20 minit dengan lagu “Dynamite”. Nampaknya mereka terus mencipta sejarah baru setiap kali comeback.

Anda dah tonton belum muzik video “Butter”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...