Ikuti Kami:

BTS Bawa Pulang 3 Anugerah Di 2019 American Music Awards!

BTS Bawa Pulang 3 Anugerah Di 2019 American Music Awards!

Nampaknya kumpulan BTS semakin mengganas di Amerika Syarikat! Baru sahaja diumumkan bahawa mereka telah berjaya membawa pulang tiga anugerah pada 2019 American Music Awards.

Majlis gilang-gemilang itu diadakan secara langsung pada 24 November (waktu tempatan) di Los Angeles, California. Walaupun kumpulan itu sendiri tidak dapat menghadirikan diri, mereka tetap berjaya memenangi anugerah bagi kategori “Duo/Kumpulan Kegemaran- Pop/Rock”, “Konsert Jelajah Tahunan” dan “Artis Sosial Kegemaran”.

bts american music awards 2019

bts american music awards 2019

bts american music awards 2019

BTS telah meluahkan rasa terima kasih dan terharu mereka atas penganugerahan ini menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter 2019 American Music Awards sendiri.

Bagi anugerah “Duo/Kumpulan Kegemaran- Pop/Rock”, Jungkook menyatakan, “Terima kasih banyak! Kami sangat terharu kerana menerima anugerah yang cukup penting dan bermakna ini.”

Jin pula menyambung dan menambah,“Kami meminta maaf kerana tidak dapat berada di malam yang meriah itu tetapi kami berharap agar dapat bertemu anda tak lama lagi.”

“BTS sudah menjadi sebuah kumpulan sejak 6 tahun setengah lamanya dan menerusi tempoh itu, banyak impian yang dibayangkan oleh kami sudah menjadi kenyataan. ARMY, anda yang membuatkan ini semua menjadi realiti dan kami tak mampu melakukannya tanpa sokongan dan kasih sayang daripada anda semua yang berada di seluruh dunia. Kami akan cuba yang terbaik untuk terus terbang tinggi, bekerja keras dan membalas semula semua kasih sayang yang telah diberikan oleh anda,” tutup RM.

Semasa menerima anugerah “Konsert Jelajah Tahunan”, RM berkata, “Konsert jelajah ini mungkin sudah tamat, tetapi kami sangat berharap agar mesej yang disampaikan menerusinya akan terus bersama dengan anda untuk selama-lamanya – mesej di mana anda perlu mencari cara untuk menyayangi diri sendiri.”

Sudah dua tahun berturut-turut BTS memenangi anugerah pada American Music Awards ini. Pada tahun sebelumnya, mereka hanya membawa pulang anugerah “Artis Sosial Kegemaran”. Syabas diucapkan!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...