Ikuti Kami:

‘BOY’ Jadi MV Pertama TREASURE Capai 100 Juta Tontonan

‘BOY’ Jadi MV Pertama TREASURE Capai 100 Juta Tontonan

Lagu debut kumpulan TREASURE iaitu “BOY” secara rasminya menjadi muzik video pertama kumpulan itu capai 100 juta tontonan di YouTube!

Pada 9 Disember, YG Entertainment mendedahkan bahawa muzik video untuk lagu pertama TREASURE “BOY” telah mencapai 100 juta tontonan di YouTube pada jam 7:46 pagi.

Ini merupakan pencapaian bermakna untuk TREASURE, kerana ini merupakan kali pertama kumpulan itu berjaya mencapai 100 juta tontonan di YouTube sejak penampilan sulung mereka. Lagu ini telah dikeluarkan pada 7 Ogos 2020 jam 5 petang, yang bermakna ia mengambil masa kira-kira satu tahun, empat bulan, satu hari dan 15 jam untuk mencapai kejayaan ini.

Tahniah TREASURE! Jom dengar lagu debut mereka lagi sekali.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...