Ikuti Kami:

“Bosan Lah” – Penonton Kecam’ Running Man’ Asyik Bawa Jo Seho Jadi Tetamu

“Bosan Lah” – Penonton Kecam’ Running Man’ Asyik Bawa Jo Seho Jadi Tetamu

Siapa yang menonton “Running Man”, pastinya tahu bahawa pihak produksi sering cuba untuk membawa tetamu baru pada saban episod.

Dalam episod terbaru, program SBS itu telah membawa Kang Hoon dan Jo Se-ho sebagai tetamu dalam misi untuk memenangi hati Jeon So-min.

Seperti yang diketahui wanita itu menyukai Kang Hoon semasa mereka bertemu ketika episod lalu manakala Jo Se-ho yang sering dikaitkan dengannya dek usikan Yoo Jae-suk meskipun mereka tidak menyukai satu sama lain.

Mungkin seronok buat ahli dan pasukan produksi, sepertinya penonton sudah jelik melihat tetamu yang sama diulang pakai dalam beberapa episod.

jo seho running man

Tambahan pula, Jo Se-ho sering muncul sebagai rakan hos Yoo Jae-suk dalam beberapa program seperti “You Quiz On The Block” dan “Pinggyego”.

Kata penonton,

Siapa yang asyik menjemput Jo Se-ho?

 

Kenapa dengan Jo Se-ho? Dia ahli ke? Kenapa dia selalu datang? Cuba panggil orang lain sebab dah membosankan.

 

Se-ho lagi…

 

Hentikanlah ‘Running Man’, kami nak tengok muka baru.

Korang rasa?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...