Ikuti Kami:

Boram, Youtuber Kanak-Kanak Di Korea Selatan Beli Bangunan Bernilai RM33 Juta

Boram, Youtuber Kanak-Kanak Di Korea Selatan Beli Bangunan Bernilai RM33 Juta

Anak anda suka menonton YouTube? Sekiranya anda memeriksa history tontonan video yang dilakukan oleh anak-anak anda, pasti akan terselit video dari si comel Boram ini. Baru berusia 6 tahun, saluran YouTube Boram telah pun memiliki 30 juta subscribers dengan jumlah tontonan mencecah 300 juta views. Memang mengkagumkan!!!

Hasil daripada video yang dimuat naik di Youtube, Boram telah membeli bangunan lima tingkat yang berharga $8.06 juta (RM 33 juta) di Cheongdam-dong, Gangnam. Antara hartanah yang termahal di Korea Selatan. Setiap video yang dimuatnaik pastinya akan mendapat jumlah tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat. Video yang dilakukan pula berkisahkan tentang kehidupannya sebagai kanak-kanak dan review mengenai mainan sahaja. Menurut anggaran, Boram menjana lebih kurang USD3.1 juta setiap bulan menerusi salurannya ini. Dasyat kan? Jadi tunggu apa lagi? Bolehlah ajak anak-anak anda buat video YouTube pula. Mana tahu satu hari nanti akan popular macam Boram. Untung-untung boleh buat rumah di kawasan KLCC. Rezeki siapa tahu kan? Yang penting kita kena cuba.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...