Ikuti Kami:

‘Boombayah’ Oleh BLACKPINK Jadi Muzik Video Debut Pertama Capai 1.3 Bilion Tontonan

‘Boombayah’ Oleh BLACKPINK Jadi Muzik Video Debut Pertama Capai 1.3 Bilion Tontonan

BLACKPINK terus mencipta sejarah YouTube dengan muzik video sulung mereka!

Pada 1 November kira-kira jam 8:34 pagi, muzik video BLACKPINK untuk lagu “BOOMBAYAH” telah melepasi 1.3 bilion tontonan di YouTube.

Pencapaian ini merupakan yang pertama dalam sejarah muzik video debut K-Pop yang telah berjaya mencapai sehingga tahap ini.

“BOOMBAYAH” kini merupakan muzik video ketiga BLACKPINK yang melepasi 1.3 bilion tontonan, selepas “DDU-DU DDU-DU” dan “Kill This Love”. BLACKPINK kini merupakan satu-satunya artis K-pop yang mencapai kejayaan ini dengan tiga muzik video berbeza.

BLACKPINK telah mengeluarkan muzik video untuk “BOOMBAYAH” pada 8 Ogos 2016, bermakna lagu itu mengambil masa lebih lima tahun, dua bulan dan 23 hari untuk mencapai angka 1.3 bilion.

Tahniah BLACKPINK atas pencapaian ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...