Ikuti Kami:

“Boleh Buat Lebih Lagi” – Kim Jihun & Yoo Teo 15 Kali Rakam Babak Ciuman Dalam ‘Love To Hate You’

“Boleh Buat Lebih Lagi” – Kim Jihun & Yoo Teo 15 Kali Rakam Babak Ciuman Dalam ‘Love To Hate You’

Terbukti popular, siri Netflix “Love To Hate You” berjaya menduduki tangga ketiga dalam ranking global Netflix kini.

Walaupun ramai teruja melihat hubungan cinta antara dua watak utamanya namun tak kurang juga yang seronok menyaksikan persahabatan utuh antara dua watak lelaki iaitu Nam Kang-ho (Yoo Teo) dan Do Won-jun (Kim Ji-hun).

Malah babak ciuman antara mereka turut menjadi babak yang menggeletek hati penonton. Ulas Yoo Teo mengenai di sebalik tabir rakaman itu,

Saya mungkin melebih tapi kerana ia sudah lama dirakamkan, tapi penulis meminta saya mencium sebanyak 15 kali.

netflix love to hate you

Tambahnya, babak intim bersama Kim Ji-hun itu langsung tidak sukar,

Okay, mari bergembira dan kami merakamnya.

Kongsi Kim Ji-hun menerusi agensinya pula, keserasian antara Nam Kang-ho dan Do Won-jun sangat hebat hingga mereka boleh memaparkan lebih lagi bagi membuktikan ‘bromance’ antara keduanya.

Untuk pengetahuan, “Love To Hate You” ialah sebuah komedi romantik mengenai wanita yang tidak mahu kalah dengan lelaki dan seorang lelaki yang sentiasa meragui wanita. Mereka kemudiannya asyik berantaman sebelum mula mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Comel mereka berdua!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...