Ikuti Kami:

“Bohong Kalau Saya Cakap Tak Takut..” – Daesung BIGBANG Luah Perasaan Selepas Keluar Dari YG

“Bohong Kalau Saya Cakap Tak Takut..” – Daesung BIGBANG Luah Perasaan Selepas Keluar Dari YG

Peminat pasti tahu bahawa selepas T.O.P, Daesung dan Taeyang adalah ahli BIGBANG yang seterusnya telah meninggalkan YG Entertainment.

Terbaru pada 2 Januari, Daesung telah memuat naik video baru di saluran YouTube peribadinya, di mana idola itu berkongsi perasaannya selepas keluar dari YG Entertainment.

Dalam video itu, Daesung membaca surat yang ditulisnya,

Terima kasih, ‘Y’ou were ‘G’ood. Terima kasih. Saya berasa sangat berterima kasih kerana anda menjaga saya selama ini dan membantu saya berkembang menjadi orang seperti saya hari ini. Dengan rasa syukur yang mendalam di hati saya, saya memulakan pengembaraan baru. Saya berbohong jika saya berkata saya tidak takut. Walaupun saya gementar untuk mengambil langkah berani ini, saya percaya ia pasti berbaloi pada akhirnya.

Tahun 2023 semakin hampir. Tanpa firasat tentang apa yang ada pada masa depan, saya mengambil langkah tidak diketahui ini ke hadapan dan dengan hati yang berani. Saya berhasrat untuk menyusuri jalan ini dengan keazaman yang tabah. Walaupun saya masih kurang berpengalaman dan kurang dalam banyak hal, saya harap anda akan terus menunjukkan kasih sayang dan sokongan dalam perjalanan saya. Terima kasih. Selamat tahun baru semua.

Di hujung video, Daesung turut memberi harapan kepada peminat dengan berkata,

Seseorang pernah berkata, tiada apa yang kekal selama-lamanya. Tidak. Sesetengah perkara kekal… selamanya. Iaitu BIGBANG.

Untuk pengetahuan, Daesung telah keluar dari YG Entertainment pada 27 Disember 2022 dan dia masih belum bernaung di bawah mana-mana agensi setakat ini.

Fighting Daesung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...