Ikuti Kami:

BLACKPINK Ulas Tentang Perubahan Iklim & Persembahan ‘Stay’ Untuk Projek ‘Dear Earth’

BLACKPINK Ulas Tentang Perubahan Iklim & Persembahan ‘Stay’ Untuk Projek ‘Dear Earth’

BLACKPINK telah menggunakan suara mereka untuk tujuan penting!

BLACKPINK bergabung dengan projek “Dear Earth” YouTube Originals, yang digambarkan sebagai ‘perayaan global epik planet kita dan apa yang perlu kita lakukan untuk menangani isu perubahan iklim’.

Siri ini mengandungi persembahan muzik dan ucapan oleh orang dan artis yang berpengaruh termasuk BLACKPINK, Jaden Smith, Billie Eilish dan ramai lagi.

Dalam ucapan mereka pada 24 Oktober, ahli BLACKPINK masing-masing bercakap tentang saat mereka memahami tahap teruk krisis alam sekitar. Mereka menggalakkan generasi semasa menyuarakan fikiran mereka bagi menggesa pemimpin dunia mengambil langkah semasa persidangan perubahan iklim COP26 yang bakal berlangsung bulan depan di Glasgow, United Kingdom.

Sebagai sebahagian daripada acara itu, BLACKPINK juga telah mempersembahkan lagu “STAY” daripada album mereka “SQUARE TWO”!

Bagus BLACKPINK, menggunakan pengaruh mereka untuk perkara sebegini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...