Ikuti Kami:

Blackpink ‘DDU-DU DDU-DU’ Cipta Sejarah, Video Muzik Kumpulan K-Pop Pertama Raih 1 Bilion Tontonan!

Blackpink ‘DDU-DU DDU-DU’ Cipta Sejarah, Video Muzik Kumpulan K-Pop Pertama Raih 1 Bilion Tontonan!

Siapa sahaja yang tak kenal dengan kumpulan popular di Korea iaitu Blackpink? Kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rosé, Jennie dan Lisa ini telah berjaya menarik perhatian netizen Korea dan juga peminat K-Pop dari seluruh dunia selepas muncul dengan lagu pertama iaitu “Boombayah” dan juga “Whistle”. Siapa sangka walaupun baru 3 tahun berkecimpung dalam dunia seni, kumpulan gadis ini telah berjaya menempah nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Bahkan, kelmarin sahaja, mereka telah berjaya membolot 3 anugerah daripada “E! People Choice Awards” iaitu “Kumpulan 2019”, Blackpink 2019 World untuk “Konsert Jelajah 2019” dan Kill This Love untuk “Video Muzik 2019”. Hebat sungguh!

Tak cukup dengan itu, kumpulan itu turut cipta sejarah dalam hari yang sama apabila video muzik untuk lagu paling popular mereka iaitu “DDU-DU DDU-DU” telah mencapai rekod membanggakan iaitu 1 bilion tontonan tepat pada 8 malam (waktu Korea Selatan)! Gilalah!

blackpink ddu ddu ddu berjaya capai 1 bilion tontonan

Kalau anda nak tahu, Blackpink adalah satu-satunya kumpulan K-Pop yang berjaya mencapai rekod cemerlang ini! Antara video muzik daripada Korea yang mempunyai sejarah yang sama ialah lagu daripada PSY iaitu “Gangnam Style” dan “Gentleman.”

blackpink ddu ddu ddu berjaya capai 1 bilion tontonan

Maknanya, Blackpink berjaya mencapai tontonan 1 bilion untuk “DDU-DU DDU-DU” selepas ia dikeluarkan pada 1 tahun 4 bulan dan 27 hari yang lalu. Bukan calang-calang ya, kumpulan wanita ini! Walaupun masih ‘hijau’, nyata bakat mereka berjaya memikat ramai peminat sehingga berjaya mencipta rekod demi rekod sepanjang karier seni mereka sehingga sekarang.

 

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...