Ikuti Kami:

BLACKPINK Bakal Muncul Dalam Rancangan ‘Running Man’ & ‘Ask Us Anything’

BLACKPINK Bakal Muncul Dalam Rancangan ‘Running Man’ & ‘Ask Us Anything’

Selepas meriliskan album penuh pertama “The Album”, nampaknya BLACKPINK kini sibuk dengan promosinya. Nampak ‘all out’ betul keempat-empat gadis ini bagi bertemu dengan peminat!

Selepas muncul bersama pada tahun 2017, BLACKPINK sekali lagi melawat ke set studio JTBC bagi merakamkan rancangan hiburan popular iaitu “Ask Us Anything”. Khabarnya, rakaman itu akan berlangsung pada 8 Oktober dan episod berkenaan akan ke udara pada 17 Oktober nanti.

blackpink ask us anything

Tak cukup dengan itu, YG Entertainment turut mengesahkan bahawa kesemua ahli BLACKPINK turut akan membuat kemunculan dalam episod rancangan “Running Man” nanti. Bakal merakamkannya minggu ini namun tarikh spesifik tayangan masih belum diputuskan.

Lebih mengujakan kerana ini adalah kemunculan pertama mereka berempat dalam rancangan tersebut selepas 4 tahun. Bahkan sebelum ini hanya Jennie dan Ji-soo yang ada datang menjadi tetamu.

blackpink running man

Sambil dengar album “The Album”, sambil itu BLINKs boleh menonton kesemua rancangan ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...