Siapa peminat setia Girls’ Generation, pastinya tahu bahawa bekas ahli kumpulan itu iaitu Jessica sudah sekian lama bercinta dengan ahli perniagaan Tyler Kwon.
Malah lelaki ini dikatakan merupakan antara sebab utama mengapa Jessica meninggalkan kumpulan berkenaan walaupun tiada sebab sahih untuk memastikan dakwaan ini. Malah Tyler juga merupakan tulang belakang yang membantu idola berkenaan bagi membangunkan jenama pakaian ‘Blanc & Eclare’.
Terbaru, satu entri di laman komuniti menyebut mengenai hubungan pasangan itu yang masih utuh meski sudah mencapai usia 12 tahun kini. Katanya, Jessica dan Tyler kerap memuat naik gambar bayang-bayang mereka bersama setiap kali sambutan hari jadi.
Komen peminat,
- Seronok tengok mereka masih baik.
- Wah dah 12 tahun, lamanya.
- Bila agaknya dorang nak kahwin.
Sepadan kan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.