BIG BANG Buat Kemunculan Semula Di Pentas Coachella 2020!

big bang

Rasanya ramai peminat BIG BANG yang dah lama nantikan kumpulan kegemaran mereka itu untuk kembali beraksi di atas pentas. Sudah beberapa tahun menyepikan diri kerana ahlinya masing-masing sibuk dengan latihan khidmat ketenteraan, tapi kini mereka bakal kembali sebagai kumpulan penuh!

big bang di coachella

Menerusi laman web muzik festival popular di California iaitu Coachella, BIG BANG merupakan antara artis yang bakal menghiasi pentas tersebut. Berdasarkan poster yang dimuat naik, kumpulan K-Pop itu akan membuat persembahan pada dua kali iaitu pada 10 dan 17 April.

big bang di coachella

Bukan sahaja BIG BANG, malahan kumpulan Epik High juga telah disahkan turut akan membuat persembahan di pentas yang sama. Tetapi tarikh persembahan kumpulan tersebut ialah pada 12 dan 19 April.

Rupanya semalam salah seorang ahlinya iaitu T.O.P telah pun memberi klu mengenai berita tersebut di laman Instagramnya tetapi tiada seorang peminat pun yang dapat tangkap ‘hint’ itu.

big bang di coachella

Meskipun kembali sebagai empat dan bukannya lima, tetapi para peminat sudah tak sabar menantikan persembahan BIG BANG ini!

Sumber: Koreaboo

1 komen

  1. […] Setelah lama berehat daripada dunia hiburan kerana menghadiri latihan khidmat ketenteraan, rata-rata peminat dah tak sabar menanti kemunculan semula kumpulan K-Pop ikonik iaitu BIG BANG. Bertambah teruja apabila syarikat naungan mereka iaitu YG Entertaiment mengumumkan bahawa kumpulan popular itu bakal membuat persembahan di Coachella pada April nanti. […]

Leave a Reply