Ikuti Kami:

Biasa Lalui Ratusan Uji Bakat Dulu, Lee Yoomi Raih 7 Juta Pengikut Dek Kejayaan ‘Squid Game’ & ‘All Of Us Are Dead’

Biasa Lalui Ratusan Uji Bakat Dulu, Lee Yoomi Raih 7 Juta Pengikut Dek Kejayaan ‘Squid Game’ & ‘All Of Us Are Dead’

Berjaya membintangi dua naskhah Netflix yang popular berturut-turut, nampaknya Lee Yoo-mi mempunyai tuah yang banyak kini.

Menerima simpati penonton dek watak Ji-young yang kekurangan kasih sayang dan tidak kisah mengalah demi orang lain dalam “Squid Game”, wanita itu kemudiannya berjaya membuatkan emosi semua berbolak-balik dek ketamakan dan sikap penting diri sebagai Na-yeon dalam “All Of Us Are Dead”.

Bukan sahaja kerana kedua-dua naskhah itu disukai ramai, namun bakat lakonan yang ditonjolkan oleh Lee Yoo-mi nyata membuktikan bahawa wanita itu merupakan permata yang perlu berada di barisan hadapan industri lakonan Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이유미 (@leeyoum262)

Kepopularitian Lee Yoo-mi terbukti apabila pengikut Instagram miliknya meningkat ke 7.2 juta kini meskipun hanya mempunyai 40,000 pengikut sahaja sebelum mengecapi kejayaan yang dibawa “Squid Game”. Bayangkan jumlah pengikutnya meningkat 175 kali ganda dalam masa 5 bulan sahaja, hebat!

Punyalah hebat persembahan lakonan Lee Yoo-mi sehinggakan ramai yang tidak menyangka bahawa dia merupakan pelakon sama membawa watak Ji-young dan Na-yeon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이유미 (@leeyoum262)

Komen mereka,

Saya tak sangka dia orang yang sama.

 

Dia mati dalam ‘Squid Game’ supaya dapat buat kecoh dalam ‘All Of Us Are Dead’.

 

Saya bencikan wataknya sangat namun ia bermakna dia merupakan seorang pelakon yang baik.

Bukan kejayaan yang dicapai satu malam, Lee Yoo-mi mengambil masa selama 11 tahun bagi mencapai ke tahap yang membanggakan ini. Malah baru-baru ini, dia berkongsi pernah menjalani uji bakat sebanyak hampir 500 kali sepanjang karier lakonannya.

Hebat kan ketabahan Lee Yoo-mi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...