Ikuti Kami:

‘Beyond Evil’ Bakal Ditayang Di Netflix Bermula 11 April Nanti

‘Beyond Evil’ Bakal Ditayang Di Netflix Bermula 11 April Nanti

Anda mesti syok menonton “Beyond Evil” sekarang kan? Ada berita baik untuk sesiapa yang mencari laman mana untuk menonton drama ini dengan mudah!

Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

jtbc beyond evil

Dikhabarkan bahawa “Beyond Evil” akan menemui penonton di Netflix pada 11 April 2021, sejurus selepas ia menayangkan episod terakhir pada hari sebelumnya iaitu 10 April di JTBC.

Jadi, semua orang bolehlah marathon terus nanti di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...