Ikuti Kami:

“Bestnya Rumah Macam Tu!” – Netizen Puji Hiasan Dalaman Tema Moden Rumah Baru Gary

“Bestnya Rumah Macam Tu!” – Netizen Puji Hiasan Dalaman Tema Moden Rumah Baru Gary

Semua yang bekerjaya pastinya mengimpikan sebuah rumah yang cantik dan selesa bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk seisi keluarga. Sama juga dengan Kang Gary yang mengumumkan baru-baru ini bahawa dia bakal berpindah ke sebuah rumah yang baru.

Bukan lagi rumah yang sering dilihat menerusi rancangan “Superman Returns” tetapi sebuah kediaman yang kelihatan lebih moden. Mungkin penonton dapat melihatnya dalam episod akan datang nanti, siapa tahu.

Meskipun belum didedahkan sepenuhnya, tetapi peminat dapat melihat seimbas bahagian rumah penyanyi rap itu menerusi laman Instagram rasminya.

 

View this post on Instagram

 

취침준비. 전통적으로 어린이는 9시가 되면 자야한다😴💤 @hihaoya

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban) on

 

View this post on Instagram

 

각도 맞춰본 놈이 잡는다고..❌

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban) on

 

View this post on Instagram

 

날씨가 아주 그냥👍👍

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban) on

Daripada apa yang disajikan, nampaknya Gary dan isterinya memilih untuk menghias kediaman tersebut mengikut tema moden dek daripada perkakas dan perhiasan tandas yang nampak sofistikated. Malah tingkap besar di ruang tamu rumah itu juga terletak pada dinding kayu, sekaligus menghidupkan lagi ‘feeling’ moden itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat dekorasi rumah Gary tersebut walaupun hanya sekilas sahaja. Antara komen yang ditinggalkan ialah “Cantiknya rumah ini, macam dalam lukisan.” dan “Nampak moden rumah ini!”

Pandai Gary dan isterinya menghias kediaman baru mereka kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...