Ikuti Kami:

“Best Je!” – Penonton Bincang Sebab Rating ‘Hometown Cha Cha Cha’ Kian Menurun

“Best Je!” – Penonton Bincang Sebab Rating ‘Hometown Cha Cha Cha’ Kian Menurun

Sentaisa mencatakan rating yang tinggi sehingga melepasi 10% sebelum ini, “Hometown Cha Cha Cha” menunjukkan penurunan ketara pada episod ketujuh dan kelapan.

[Amaran SPOILER]

Masin tiada perubahan dalam hubungan romantik antara Yoon Hye-jin dan Hong Du-shik, penonton semakin tak senang duduk apabila rakan universiti wanita itu iaitu Ji Seung-hyun (Lee Sang-yi) menunjukkan minat terhadapnya.

Tidak pasti mengapa rating menurun kepada 9.1% untuk episod ke-7 sebelum terus menunjukkan penurunan pada episod seterunya iaitu 7.1%.

Disebabkan rating yang menurun agak drastik itu, penonton “Hometown Cha Cha Cha” membincangkan kemungkinan di sebaliknya. Antara komen penonton:

Sekarang kan cuti panjang (cuti Chuseok)..

 

Minggu ini macam ‘kurang’ sedikit.

 

Semalan kan ianya bertembung dengan konsert Shim Soo-bong (penyanyi veteran).

 

Best sahaja episod minggu ini, tak apa pasti naik punya pada minggu hadapan.

 

Saya tonton disebabkan oleh pelakon tapi ianya agak kurang menyengat.

 

Banyaknya turun, episod 7 macam tak best sangat.

 

Pasti akan menaik semula, walaupun agak sedih dengan pencapaian minggu ini.

 

Episod semalam memang seronok sangat, rasa berbunga, memang best! Tak kisahlah tentang rating, saya puas hati sangat.

tvn hometown cha cha chaSekadar pengtetahuan, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

Pendapat anda pula bagaimana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...