Merisaukan apabila pelakon veteran Kim Chang-wan disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.
Menurut laporan media, lelaki itu menerima keputusannya kelmarin dan merupakan pembawa tidak bergejala.
Merupakan seorang DJ tetap untuk SBS Power FM ‘Beautiful Morning’, kesemua staf yang bertugas dengannya dilaporkan menerima keputusan negatif selepas menjalani ujian calitan. Buat masa ini, program radio itu akan dikendalikan mengikut sistem DJ khas selama dua minggu.Rata-rata menzahirkan rasa risau memandangkan Kim Chang-wan sudah pun berusia 67 tahun dan berharap agar dia sembuh sebaiknya.
Sekadar pengetahuan, Kim Chang-wan popular dalam kalangan peminat K-Drama kerana banyak muncul dalam naskhah popular seperti “It’s Okay To Not Be Okay”, “Find Me In Your Memory”, “One Spring Night”, “Awaken” dan banyak lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.