Ikuti Kami:

Bertuah! Shin Jaehwi Bintangi Siri Popular ‘All Of Us Are Dead’ & ‘Juvenile Justice’ Berturut-Turut

Bertuah! Shin Jaehwi Bintangi Siri Popular ‘All Of Us Are Dead’ & ‘Juvenile Justice’ Berturut-Turut

Membintangi sebuah naskhah popular, pastinya merupakan impian setiap pelakon betul tak?

Tapi bagaimana pula dengan yang bertuah kerana berlakon dalam siri popular berturut-turut? Mungkin pelakon Shin Jae-hwi memahami perasaan tersebut.

Terbaru, lelaki itu meraih perhatian ramai kerana dilihat membintangi siri laman penstriman terkenal iaitu “All Of Us Are Dead” dan “Juvenile Justice”.

shin jaehwi netflix

Bahkan Shin Jae-hwi membuktikan bakatnya yang versatil apabila berjaya membawa watak pelajar sekolah yang membuli, Park Chang-hoon dalam siri zombi itu manakala sebagai Seo Bum, seorang staf di pejabat perundangan juvenil dalam siri jenayah berkenaan.

Lebih membanggakan apabila kedua-dua siri itu duduk selesa di ranking global Netflix sekarang ini.

ranking global netflix

Dalam pada itu, Shin Jae-hwi yang berusia 28 tahun pernah berlakon dalam drama lain seperti “True Beauty”, “Nobody Knows”, “Class Of Lies”, “The Good Detective”, “Awaken” dan banyak lagi.

Semoga kita dapat lihat Shin Jae-hwi dalam banyak naskhah lagi selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...