Ikuti Kami:

[REVIEW] Bertempat Di Dunia Dystopian, Tonton Filem Psikologi Thriller ‘Time To Hunt’ Di Netflix Bermula 23 April

[REVIEW] Bertempat Di Dunia Dystopian, Tonton Filem Psikologi Thriller ‘Time To Hunt’ Di Netflix Bermula 23 April

Netflix kini bukan merupakan laman penstriman yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Bahkan laman itu sudah berjaya menghasilkan beberapa siri dan filem asal sendiri yang mengujakan dengan plot menarik.

Kepada sesiapa yang minat dengan naskhah dystopian, anda perlu langgan Netflix sekarang dan tonton filem baru yang mengangkat tema ini iaitu “Time To Hunt” bermula 23 April lepas!

Sekumpulan amatur rancang rompakan besar

Filem ini mengambil tempat pada masa hadapan Korea di mana ekonomi sudah menyembah ke tanah, jalanan terbiar kosong dan dipenuhi dengan toksik pelbagai warna serta kapal yang menelusuri di balik gumpalan awan sekali gus menggambarkan dunia futuristik dan dystopian yang menjadi tema utama naskhah ini.

Kisah bermula apabila Jun-seok (Lee Je-hoon) dibebaskan daripada penjara kerana ditangkap merompak pada beberapa tahun lepas. Kepulangannya itu disambut dua rakan baiknya iaitu Jang-ho (Ahn Jae-hong) dan Ki-hoon (Choi Woo-shik) yang juga merupakan rakan subahat dalam rompakan yang sama namun mereka berjaya meloloskan diri daripada ditangkap.

time to hunt netflix

Dunia yang berubah sepanjang dia ditahan membuatkan Jun-seok tak keruan, tambahan pula duit yang pernah dirompak dahulu tidak berguna lagi kerana ekonomi baru kini hanya menerima mata wang US Dollar dan bukannya won lagi. Walaupun tidak sampai beberapa jam melihat dunia luar, Jun-seok sudah kembali merancang idea gila untuk merompak sebuah lubuk perjudian yang hanya melakukan transaksi dalam mata wang US dollar.

Jang-ho dan Ki-hoon yang pada asalnya teragak-agak dengan rancangan jenayah itu akhirnya bersetuju kerana terhutang budi dek mengenangkan Jun-seok yang terpaksa meringkuk dalam penjara walhal mereka terlepas daripada sebarang hukuman. Mereka semua bercadang untuk mengambil wang secukupnya untuk memulakan hidup baru di sebuah pulau kecil di Taiwan.

time to hunt netflix

Pelbagai persediaan telah dilakukan bagi menjayakan misi ini termasuklah setiap daripada mereka mula belajar menembak meskipun menggigil teruk apabila pegang senapang. Rompakan yang dirancang itu melalui sedikit kesukaran semasa pelaksanaannya namun mereka berjaya mengambil wang yang diperlukan sebelum ditangkap oleh penyangak yang menjaga rumah judi itu. Tak lupa juga untuk mencuri rakaman CCTV yang merakamkan kerja gila mereka itu.

Semuanya bertukar tragedi dalam masa sehari apabila tak semena-mena seorang lelaki misteri dengan gelaran Han (Park Hae-soo) mula mengejar mereka sehingga ke merata tempat. Meskipun beberapa kali lelaki itu berjaya menjumpai kumpulan rakan tersebut, dia pasti akan melepaskan mereka untuk seketika. Sepertinya penjahat itu seronok melihat Jun-seok, Ki-hoon dan Jang-ho yang berada dalam ketakutan setiap kali berdepan dengannya.

time to hunt netflix

Sesi kejar-mengejar antara Han dan kumpulan rakan tersebut tidak terhenti kepada mereka sahaja, malahan keluarga mereka juga terlibat sama. Ia juga dipenuhi dengan babak yang mendebarkan dan penuh berdarah.

Sinematografi yang ‘hidup’

“Time To Hunt” nyata berjaya menghidupkan elemen dunia dystopian yang menjadi tema utama dalam filem ini. Penonton disajikan dengan pelbagai item futuristik seperti kereta yang nampak canggih berbanding dunia biasa selain kebanyakan bangunannya dipenuhi dengan lukisan grafiti melambangkan kebebasan penduduk zaman itu.

Bahkan pihak produksi menitik beratkan penghasilan muzik untuk naskhah ini di mana rata-rata runut bunyi membawa tema hip-hop dan upbeat. “Time To Hunt” mampu menghidupan dunia ini dan melangkaui jangkaan penonton dengan setiap perincian pada karakter dan juga sekelilingnya.

time to hunt netflix

Sesiapa yang sukakan naskhah dystopian dan jenayah seperti ini, pasti akan seronok menonton”Time To Hunt”. Jangan lupa saksikan filem hebat ini menerusi Netflix!

Selamat menonton!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...