Ikuti Kami:

Bertemakan Sci-Fi, Minho SHINee Rilis MV Untuk Single Baharu ‘Heartbreak’

Bertemakan Sci-Fi, Minho SHINee Rilis MV Untuk Single Baharu ‘Heartbreak’

Min-ho SHINee telah keluarkan muzik video untuk single baharu “Heartbreak”!

“Heartbreak” ialah single solo terbaru Min-ho, dan ia adalah lagu R&B yang menceritakan tentang seseorang yang patah hati.

Dalam MV itu, Min-ho memainkan watak ejen maya yang tertarik dengan orang yang menyebabkan dia terluka dan sakit hati, tetapi dia tetap menyayangi orang itu. Min-ho mempamerkan karismanya yang membara sambil menyerlahkan vokalnya kepada lagu R&B yang indah ini dalam MV bertemakan Sci-Fi.

Selain itu, Min-ho juga telah berjaya selesaikan acara pertemuan dengan peminat “MINHO BEST CHOI 2021”, secara bersemuka dan secara dalam talian melalui platform Beyond LIVE, yang berlangsung pada 21 Disember jam 7 malam.

Jom dengar lagu baru Min-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...