Ikuti Kami:

Bersinar Pada Tahun 2022, Ini 10 Selebriti Bakal Jadi Pelapis Pelakon Hebat Di Korea

Bersinar Pada Tahun 2022, Ini 10 Selebriti Bakal Jadi Pelapis Pelakon Hebat Di Korea

Nampaknya, bakal ada ramai yang akan menjadi pelapis pelakon hebat di Korea Selatan.

Pada tahun 2022, penonton telah disajikan dengan pelbagai drama dan filem Korea yang menarik. Malahan, ramai juga pelakon baru yang semakin mendapat perhatian dek lakonan mereka yang mantap dan mampu memberi impak pada penonton.

Kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara 10 pelakon yang dijangka akan lebih menyerlah pada tahun 2023 ini dan patut diberikan perhatian. Jom lihat senarai di bawah!

Choi Hyunwook

choi hyunwook

Choi Hyun-wook memang tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon yang bakal bersinar pada tahun ini. Selepas membuktikan bakat lakonannya yang serba boleh menerusi “Twenty Five Twenty One” dan “Weak Hero Class 1”, penonton teruja untuk menantikan watak lain yang akan dibawanya pada masa akan datang.

Park Jihu

park jihu

Selepas muncul dalam siri Netflix popular “All Of Us Are Dead” dan “Little Women”, pelakon Park Ji-hu telah memaparkan kualiti lakonan yang meyakinkan. Baru-baru ini, pelakon itu juga telah tampil dalam muzik video NewJeans untuk lagu “Ditto”.

Moon Sangmin

moon sangmin

Moon Sang-min yang dilahirkan pada tahun 2000, adalah seorang pelakon lelaki baru yang semakin dikenali ramai kini dek lakonannya dalam “Under the Queen’s Umbrella”. Dengan visual serta bakatnya yang tidak perlu dipersoalkan lagi, agensi telah mendedahkan bahawa pelakon itu telah menerima banyak tawaran berlakon dan lebih 20 panggilan dari jenama syarikat untuk pengiklanan.

Park Solomon

park solomon

Telah membintangi banyak drama seperti “Sweet Revenge” dan “Lookism”, tuah Park Solomon nampaknya terletak pada siri “All Of Us Are Dead” dengan wataknya sebagai Lee Su-hyeok. Selepas muncul dalam siri Netflix itu, Park Solomon semakin dikenali ramai peminat K-Drama kini dan dia telah berjaya memegang watak utama dalam drama “Revenge of Others” bergandingan dengan Shin Ye-eun.

Go Younjung

go younjung

Menerusi drama bahagian 2 “Alchemy of Souls”, lakonan Go Youn-jung telah menerima respon positif dari penonton dan dijangka akan menjadi salah seorang pelakon yang akan bersinar pada tahun ini. Akan datang, pelakon itu bakal menemui penonton dalam drama Disney+ “Moving”.

Shin Seungho

shin seungho

Shin Seung-ho telah berjaya meraih perhatian menerusi drama web “A-Teen” pada 2018 dan semakin dikenali selepas tampil sebagai Go Won dalam “Alchemy of Souls”. Dengan lakonannya yang berjaya memikat hati penonton, ramai yang teruja ingin menantikan naskhah lakonan Shin Seung-ho yang seterusnya.

Kim Minha

kim minha

Selepas memainkan watak sebagai Sun-ja ketika muda dalam siri Apple TV “Pachinko”, pelakon Kim Min-ha telah menerima perhatian global dan ramai yang tidak sabar untuk melihat persembahannya dalam musim kedua drama berkenaan. Untuk pengetahuan, musim kedua “Pachinko” telah memulakan penggambaran pada November lalu.

Joo Jonghyuk

joo jonghyuk

Memainkan watak Kwon Mi-woo, Joo Jong-hyuk adalah pelakon yang semakin dikenali kini menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo”. Akan datang, pelakon itu akan menemui penonton dalam drama “Do You Know Ashtanga?” bersama Bae Yoon-kyung. Nantikan!

Oh Yeju

oh yeju

Oh Ye-ju yang bernaung di bawah agensi Rain Company, adalah seorang pelakon ‘rookie’ pada tahun ini. Memulakan debutnya menerusi “Hometowcn Cha Cha Cha” sebagai watak sampingan, Oh Ye-ju semakin mendapat perhatian selepas muncul dalam “Under the Queen’s Umbrella”.

Bae Inhyuk

bae inhyuk

2022 merupakan tahun yang sibuk buat Bae In-hyuk memandangkan dia muncul dalam pelbagai naskhah seperti drama “Cheer Up”, “Under the Queen’s Umbrella”, “Why Her?” dan filem “Ditto”. Oleh itu, ramai yang teruja ingin nantikan projek manakah yang akan menjadi pilihan Bae In-hyuk pada tahun ini.

Haa pelakon mana yang korang paling teruja untuk saksikan pada tahun 2023 ini?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...