Utama Drama Korea Bersenam Hingga Lemak Badan Tinggal 8%, Dedikasi Lee Siyoung Bagi Babak Aksi...

Bersenam Hingga Lemak Badan Tinggal 8%, Dedikasi Lee Siyoung Bagi Babak Aksi ‘Sweet Home’ Dipuji

lee siyoung sweet home

Melihatkan “Sweet Home”, ramai yang kagum kerana ia menampilkan banyak watak wanita yang hebat dan kuat.

Antara daripada mereka yang mendapat perhatian ramai ialah watak lakonan Lee Si-young iaitu Seo Yi-kyung, seorang ahli bomba daripada unit tugasan khas. Mana tak kagum, lihat sahaja babak aksi yang dilakukannya dengan bersahaja!

Tak cukup dengan itu, penonton juga ‘respect’ betul lihat badan Lee Si-young yang dihiasi dengan otot menakjubkan. Girl crush betul!

lee siyoung sweet home

Menurut pelakon itu, dia mengurangkan berat hingga hanya tinggal 8% lemak badan untuk menghidupkan watak Seo Yi-kyung ini.

Tiada siapa memberitahu saya berapa jumlah lemak badan yang perlu dikurangkan tapi pelatih saya mengatakan bahawa saya mesti mengurangkannya hingga 8 ke 9% bagi menonjolkan otot, jadi saya mula bersenam dengan target tersebut. Saya perlu untuk nampak tegap, jadi saya makan sehingga tak boleh menjamah lagi. Kemudian, saya mengubah diet harian untuk penggambaran ini.

lee siyoung sweet home

Tambahnya lagi,

Saya mula memantau diet dengan tegasnya selama dua minggu. Dua minggu tersebut merupakan tempoh yang sangat sukar.

Disebabkan saya tidak lagi muda, saya mahu mencuba babak aksi sebanyak yang boleh. Saya sangat berterima kasih kerana diberi peluang ini dan saya mahu menunjukkan penambahbaikan saya jikalau diberi peluang untuk berlakon filem aksi lagi.

Dahsyat betul dedikasi Lee Si-young! Memang terpegun sungguh lihat bentuk badannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...