Ikuti Kami:

Bersama Kim Yohan, Kim Youngdae Sah Terajui Drama ‘School 2021’

Bersama Kim Yohan, Kim Youngdae Sah Terajui Drama ‘School 2021’

Kim Young-dae yang terkenal dengan drama popular seperti “Extraordinary You” dan ” The Penthouse” nampaknya bakal menjadi watak utama pula bagi drama “School 2021” nanti.

Kalau anda nak tahu, siri “School” dimulakan pada tahun 1999 dengan drama “School 1” yan dilakonkan oleh Jang Hyun dan Choi Kang-hee. Ia kemudiannya menjadi pltform kepada ramai pelakon sehingga membuatkan mereka dikenali ramai. Antaranya ialah Ha Ji-won, Im Soo-jung, Gong Yoo, Jo In-sung, Lee Jong-suk, Kim Woo-bin dan Nam Joo-hyuk.

Maknanya tawaran ini ialah satu perkara yang baik buat Kim Young-dae. Lelaki itu disahkan bakal melakonkan watak Jung Young-joo, seorang pelajar pertukaran yang mempunyai hubungan misteri dengan Gong Ki-joon (Kim Yo-han) pada masa lampau.

kim yohan

Menurut Kim Young-dae,

Disebabkan ia adalah tradisi siri “School”, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kesemua penonton seronoj menonton siri terbaru ini. Saya boleh merasai watak Jung Young-joo ini kerana dia mempunyai cerita tersendiri selain turut berasa empati dengannya. Menerusi kemarahan dan luka Young-joo, saya mahu bersama dengannya apabila dia mengalami perkembangan karakter.

Masih sibuk dengan penggambaran “The Penthouse 3”, pastinya ramai yang dah tak sabar menantikan imej baru Kim Young-dae menerusi siri popular ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...