Ikuti Kami:

Bernilai RM350K Per Episod, Jo Jungsuk Dipuji Kurangkan Bayaran Lakonan Demi ‘Hospital Playlist’

Bernilai RM350K Per Episod, Jo Jungsuk Dipuji Kurangkan Bayaran Lakonan Demi ‘Hospital Playlist’

Seperti yang diketahui semua, drama “Hospital Playlist” yang sedang ditayangkan di saluran tvN sering mendapat perhatian ramai pada saban episod. Bahkan pemilihan teraju utamanya seperti Jo Jung-suk, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Yoo Yeon-seok dan Jeon Mi-do merupakan percaturan yang baik bagi menarik lebih ramai penonton dek lakonan mantap mereka.

Disebabkan oleh populariti setiap pelakon ini, sudah pastinya nilai bayaran mereka agak tinggi berbanding dengan pelakon yang lain. Walaubagaimanapun, Jo Jung-suk didedahkan telah meminta pihak produksi “Hospital Playlist” supaya mengurangkan harga asalnya sebanyak 25%. Biasanya, dia akan dibayar gaji sebanyal 90-100 million won (RM316k – 352k) bagi setiap episod tetapi lelaki itu secara sukarela mengurangkannya kepada 70 million won (RM246k) sahaja.

jo jungsuk sukarela potong gaji sendiri untuk hospital playlist

Pelakon lelaki ini sendiri telah meluahkan hasrat murni ini kepada pihak produksi drama perubatan itu supaya memberikan bayaran yang lebih rendah daripada biasa dan menganggap bahawa peluang untuk membintangi dalam naskhah ini adalah lebih bermakna daripada itu.

Jo Jung-suk adalah seorang pelakon yang mempunyai nilai yang tinggi di dalam industri ini kerana menjadi antara pilihan utama dalam pemilihan pelakon. Dia sanggup mengurangkannya kerana meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pengarah Shin Won-ho dan penulis Lee Woo-jung.

Bagi yang tidak mengetahui, pengarah Shin Won-ho memang terkenal sebagai seseorang yang tak pandang langsung jenama seseorang pelakon itu malah sering menampilkan muka baru dalam drama arahannya. Disebabkan oleh pendirian pengarah ini, ia menjadi faktor utama yang membuatkan Jo Jung-suk menerima tawaran berlakon “Hospital Playlist”.

jo jungsuk sukarela potong gaji sendiri untuk hospital playlist

Keputusan besar yang dibuat oleh pelakon berbakat ini nyata mendapat pujian ramai dan juga pihak produksi drama itu sendiri.

Saya jarang melihat pelakon yang mempunyai jenama tersendiri seperti Jo Jung-suk sanggup merendahkan bayaran atas permintaannya sendiri. Dia adalah seorang pelakon yang mengagumkan dan setia.

Tindakan rendah diri Jo Jung-suk ini telah menerima pujian daripada netizen kerana lelaki ini yang nampaknya benar-benar mencintai bidang lakonan dan bukannya mengejar bayaran yang lumayan dalam menjalankan tugasnya.

Hebatnya!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...