Ikuti Kami:

Bermula Geram, Episod Awal ‘Love (ft. Marriage And Divorce) 2’ Gagal Tandingi Rekod Rating Musim Pertama

Bermula Geram, Episod Awal ‘Love (ft. Marriage And Divorce) 2’ Gagal Tandingi Rekod Rating Musim Pertama

Kembali pening kepala apabila musim kedua “Love (ft. Marriage And Divorce)” sudah pun memulakan tayangan baru-baru ini.

Sinopsis

Drama ini membawakan kisah masalah perkahwinan tiga pasangan suami dan isteri yang berada pada peringkat hidup berbeza. Ternyata popular semasa tayangan musim pertama, naskhah ini memegang rekod sebagai drama dengan rating tertinggi dalam sejarah saluran TV Chosun.

Mula dengan debaran

[Amaran SPOILER]

Musim terbaru ini makin menyakitkan hati nampaknya apabila para wanita yang menjadi perempuan simpanan  bekeras mahukan lelaki yang merupakan suami orang itu dan sepertinya alpa dengan kesalahan tersebut. Bahkan hal semakin rumit apabila Song Won (Lee Min-young) kini sedang mengandung selepas kecurangan Pan Sa-hyun.

tv chosun love ft. marriage and divorce) 2

Sedikit menyentuh hati apabila ketiga-tiga isteri dilihat cuba untuk meraih kasih sayang suami mereka meskipun dikhianati dengan peritnya. Tidak pasti apakah perancangan mereka untuk musim baru ini, sama ada terus setia ataupun cuba membalikkan keadaan?

Rating rendah

Umum mengetahui bahawa “Love (ft. Marriage And Divorce)” memegang rekod sebagai drama dengan rating tertinggi di saluran TV Chosun. Walaubagaimanapun, permulaan musim keduanya sedikit hampa apabila ia tidak mampu menandingi rekod rating yang dicatat ketika musim awal (tertinggi – 8.8%, episod awal – 7.7%) dan terpaksa berpuas hati dengan catatan 4.9% sahaja.

tv chosun love ft. marriage and divorce) 2

Korang dah start layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...