Ikuti Kami:

“Bermula Dengan Kepanasan” – Usai Konsert BLACKPINK, Lisa Ucap Terima Kasih Buat Malaysia

“Bermula Dengan Kepanasan” – Usai Konsert BLACKPINK, Lisa Ucap Terima Kasih Buat Malaysia

Masih terasa lagi kehangatan konsert BLACKPINK yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Bukan peminat sahaja yang tidak dapat melupakannya malahan Lisa turut kelihatan merindui suasana konsert semalam.

Walaupun sudah pulang ke Korea Selatan lewat pagi tadi, ahli berasal dari Thailand itu telah memuat naik entri khas buat Malaysia menerusi Instagram miliknya. Katanya,

Kuala Lumpur! Bermula dengan kepanasan di bandar yang cantik ini. Terima kasih BLINKs untuk konsert yang hebat dan memenuhi stadium dengan lautan pink.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata selebriti Malaysia seperti Elizabeth Tan, Azfar Heri, Alvin Chong dan ramai lagi telah meninggalkan kata-kata sokongan dan meluahkan rasa cinta buat wanita itu.

Datanglah lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...