Ikuti Kami:

Berkenalan Dek ‘SKY Castle’, Kim Bora & Jo Byeonggyu Umum Berpisah Selepas Setahun Lebih Bercinta

Berkenalan Dek ‘SKY Castle’, Kim Bora & Jo Byeonggyu Umum Berpisah Selepas Setahun Lebih Bercinta

Siapa ingat lagi dengan drama popular pada tahun 2018/2019 iaitu “SKY Castle”? Menceritakan kisah tekanan hidup dan rahsia hitam dalam keluarga elit, ianya ternyata berjaya mencuri perhatian ramai penonton. Disebabkan oleh popularitinya, kesemua pelakon yang membintangi drama tersebut turut menerima perhatian ramai.

Bahkan siapa sangka naskhah itu berjaya menimbulkan bibit cinta di antara pelakonnya iaitu Kim Bo-ra dan Jo Byeong-gyu. Meskipun menafikan berita tersebut pada awalnya namun mereka mengakui bahawa mereka sedang bahagia bersama selepas “SKY Castle” menamatkan tayangan.

Walaubagaimanapun, bahagia tidak berpanjangan apabila laporan media baru-baru ini melaporkan bahawa Kim Bo-ra dan Jo Byeong-gyu sudah pun berpisah selepas setahun setengah bercinta.

kim bora dan jo byeonggyu berpisah

Bahkan agensi naungan mereka turut mengesahkan hal menyedihkan tersebut. Kata MoMent Global iaitu agensi naungan Kim Bo-ra,

Mereka berdua mula menjauh secara natural dan membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini. Mereka kini kembali sebagai rakan sekerja yang baik.

Malah agensi naungan Jo Byeong-gyu juga mendedahkan bahawa kedua pelakon berpisah kerana jadual mereka yang sibuk.

Apa pun, kedua-dua pelakon ini sememangnya dipenuhi dengan jadual kerja apabila Jo Byeong-gyu kini sedang menyiapkan diri untuk sebuah drama OCN baru selepas “Stove Leaugue” menamatkan tayangannya tak lama dulu. Manakala Kim Bo-ra juga sedang sibuk mempromosikan drama lakonannya yang bakal ditayangkan di bawah siri antologi “SF8” nanti.

Semoga bahagia menanti mereka berdua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...