Ikuti Kami:

Berkali Tunda Tayangan Dek COVID-19, Filem Song Joongki ‘Space Sweepers’ Mungkin Ditayangkan Di Netflix

Berkali Tunda Tayangan Dek COVID-19, Filem Song Joongki ‘Space Sweepers’ Mungkin Ditayangkan Di Netflix

Selepas beberapa kali menangguhkan tayangan, khabarnya filem “Space Sweepers” lakonan Song Joong-ki bakal menemui penonton menerusi laman penstriman Netflix.

Kalau anda nak tahu, “Space Sweepers” berlatar belakangkan tahun 2092 di mana manusia boleh merayau di angkasa lepas dengan sewenangnya. Filem ini membawa kisah mengenai kru nakal dalam kapal angkasa ‘Victory’ yang mengutip sampah angkasa dan menjualnya bagi mendapatkan keuntungan lumayan. Mereka kemudiannya terjumpa dengan robot manusia ‘Dorothy’ yang mampu menghancurkan alam semesta dan menjalani pertukaran yang berbahaya.

filem space sweepers“Space Sweepers” yang telah membelanjakan kos hampir 25 bilion won (RM90.6 juta) untuk produksi sepatutnya ditayangkan di pawagam tempatan pada musim panas ini namun disebabkan keadaan COVID-19 yang kian teruk di Korea, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Bahkan filem ini sebenarnya sudah dua kali ditangguhkan daripada perancangan asalnya.

Selepas berita ini berterbangan, Netflix mengeluarkan kenyataan daripada pihak mereka,

Netflix sentiasa cuba mencari kisah yang pelbagai dan mampu membawa keseronokan kepada penonton. Kami kini sedang berbincang mengenai filem ‘Space Sweepers’ dengan pengarah Jo Sung-hee, namun belum ada apa lagi yang diputuskan.

Ramai yang menantikan sama ada “Space Sweepers” akan menerima nasib yang sama dengan “Time To Hunt” yang akhirnya memilih untuk ditayangkan secara eksklusif menerusi Netflix dek kekangan semasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...