Berakhir Samar-Samar, Penulis Bincang Kemungkinan Musim Kedua ‘Move To Heaven’

netflix move to heaven

Siapa yang marathon 10 episod “Move To Heaven” di Netflix sepanjang minggu lalu, tipulah kalau kata anda tak menangis teruk kan?

“Move To Heaven” membawa penonton menelusuri perjalanan hidup Geu-ru (Tang Jun-sang), seorang pekerja pembersihan trauma yang menghidap sindrom Asperger dan penjaganya, Sang-gu (Lee Je-hoon) sambil mereka menyelami kisah yang terselindung disebalik barangan tinggalan si mati.

Disebabkan ianya dipenuhi dengan pelbagai teladan selain kisah unik, ramai penonton yang dah ‘demand’ musim kedua untuk drama kehidupan ini. Malah pengakhirannya yang sedikit samar-samar membuatkan ramai yang meminta sambungan.

netflix move to heaven

Terbaru, penulis Yoon Ji-ryun yang bertanggungjawab menggarap “Move To Heaven” telah duduk bagi membincangkan mengenai kemungkinan musim kedua drama ini.

Kalau musim kedua ‘Move To Heaven’ benar-benar terjadi, saya akan menulis episod yang lebih baik buat penonton.

Bahkan wanita itu menjelaskan bahawa pasukan drama tersebut turut ada menimbangkan kemungkinan musim keduanya. Tambahan pula, apabila barisan pelakon utama turut memberi persetujuan untuk muncul dalam musim kedua jika ianya benar-benar berlaku.

Memang ‘rare’ betul plot “Move To Heaven” kan? Siapa yang belum menonton, boleh marathon kesemua episod di Netflix sekarang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply