Utama K-Trending Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai, Gu Hyesun Kongsi...

Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai, Gu Hyesun Kongsi Rahsia Diet

gu hyesun turun 14kg

Selepas sah sahaja bercerai dengan Ahn Jae-hyun, Gu Hye-sun nampaknya lebih senang menghabiskan masa untuk dirinya sendiri. Bahkan wanita itu telah belajar kursus di sebuah universiti di luar negara selama beberapa bulan selain turut berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 14 kilogram, hebat!

Sejak daripada perkongsian mengenai usaha wanita mengurangkan berat badannya, ramai yang asyik bertanya apakah rahsia kepada kejayaannya itu. Disebabkan itu, pelakon wanita tersebut telah mendedahkan rahsia eksklusifnya kepada peminat menerusi entri terbaru di laman Instagramnya.

Katanya, tukar tabiat makan lewat malam dengan hanya mengambil lollipop Chupa-Chups!

Rahsia diet saya ialah Chupa-Chups apabila anda teringin nak mengambil makanan lewat malam. Makan Chupa-Chups dan cuba tidur, anda akan mengalami mimpi yang indah. Chupa-Chups hanya mempunyai 45 kcal manakala makanan lewat malam punla ialah 800 kcal, jadi lollipop itu adalah pilihan yang lebih baik.

Malahan terdapat seorang pengguna yang bertanya macam mana pula sekiranya seorang pelajar mahu berdiet dan jawapan Gu Hye-sun nyata membuatkan ramai yang tersenyum.

Pelajar harus fokus untuk memiliki impian yang besar!

gu hyesun

Senang betul Gu Hye-sun mengurangkan berat badan! Siapa yang selalu mengalami masalah suka makan berat lewat malam, mungkin boleh cuba tips bernas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...