STRAY KIDS telah menghadiri acara Met Gala. Namun, kehadiran mereka tidak disambut baik oleh beberapa jurugambar.
Malah, jurugambar di Met Gala juga dilihat memberikan layanan kasar kepada STRAY KIDS dan memanggil mereka dengan panggilan yang berbaur hinaan.
Selepas video tersebut tular, peminat telah menjumpai identiti salah seorang jurugambar itu dan maklumat seperti nama dan akaun media sosialnya telah dikongsi di platform X.
Disebabkan itu, jurugambar yang bernama Sean Zanni tersebut telah menutup akaun Instagramnya.
Walaubagaimanapun, salah seorang peminat telah bertindak jauh selepas dia menggodam dan menukar laman web rasmi milik jurugambar tersebut.
‼️ a Stray Kids fan has hacked Sean Zannis site -one of the- photographers that were racist towards SKZ at the Met Gala-
(no I’m not kidding omg 😭😭) pic.twitter.com/hExzgBz0u1
— † (@3rachamixx) May 8, 2024
Tertulis ringkas di laman web Sean Zanni,
Minta maaf kepada STRAY KIDS.
Sehingga kini identiti peminat yang melakukan tindakan ini masih belum dikenal pasti. Namun, perbuatan peminat tersebut telah dipuji dan disokong oleh peminat-peminat yang lain.
Lain kali jangan buat main…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.