Ikuti Kami:

Beri Imej Baik Pada Tentera Korea Utara, Parti Politik Mengadu ‘Crash Landing On You’ Cabuli Undang-Undang!

Beri Imej Baik Pada Tentera Korea Utara, Parti Politik Mengadu ‘Crash Landing On You’ Cabuli Undang-Undang!

Dalam penonton bergembira menonton drama yang tengah ‘meletop’ sekarang ini iaitu “Crash Landing On You”, ada pula pihak yang tak puas hati dengan plot ceritanya yang seperti ‘me-romantik-kan’ karakter tentera Korea Utara. Seperti yang anda ketahui, hubungan di antara Korea Selatan dan Korea Utara agak berantakan dan walaupun ada ura-ura mengatakan mereka akan berdamai tapi masih tak nampak lagi kemungkinan tersebut dalam masa terdekat ini.

Sinopsis

“Crash Landing On You” ini mengisahkan tentang seorang waris orang kaya iaitu Yoo Seri (Son Yejin) dan pegawai dari Korea Utara iaitu Ri Junghyuk (Hyun Bin). Kisah cinta mereka bermula apabila Yoo Seri terpaksa mendarat di Korea Utara selepas paragliding yang dinaikinya sedikit goyang kerana angin yang kuat. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan Ri Junghyuk dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

crash landing on you

Ditentang parti politik

Walaupun ada netizen yang mengutarakan mengenai kesangsian mereka terhadap kisah cinta di antara Korea Utara dan Korea Selatan tetapi ratingnya yang mencanak naik pada saban episod menenggelamkan isu tersebut. Pun begitu baru-baru ini Agensi Polis Metropolitan Seoul mendedahkan bahawa Parti Kristian Liberal telah mengemukakan aduan terhadap stesen televisyen tvN kerana menggambarkan tentera Korea Utara sebagai figura yang aman dan baik dalam “Crash Landing On You”. Mereka turut menuduh bahawa naskhah itu sudah mencabuli Undang-undang Keselamatan Kebangsaan di mana mereka seperti menyokong aktiviti Korea Utara. Fuhh serius ni!

hyunbin crash landing on you

Netizen pun keliru

Ya, ianya hanya sebuah drama… tetapi kalian sedar tak perkara remeh seperti ini mampu mempengaruhi kepercayaan seseorang mengenai sesuatu… Saya menyokong kebebasan berkarya tetapi ini sedikit melampau.

 

Drama ini memberi gambaran yang baik kepada Korea Utara. Plot utamanya ialah Son Yejin sudah penat dikelilingi oleh orang tua kaya dan kapitalisma jadi dia jatuh cinta dengan kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Korea Utara. Tapi realitinya, Utara tiada apa-apa… kualiti manusia, dan lainnya. Lihat sajalah klip Korea Utara daripada CNN, perbezaan di antara realiti dan drama ini adalah sangat lain. Apa yang saya cuba sampaikan ialah US atau pun UK tak akan hasilkan drama di mana rakyatnya jatuh cinta dengan Taliban mahupun ISIS sebab mereka tahu betapa berpengaruhnya media…

 

Drama atau pun filem, kita tak patut romantikkan Korea Utara seperti ini…

 

Ianya bukan drama yang sesuai dengan masa sekarang…

Kita mungkin tidak faham sentimen penduduk Korea Selatan mengenai isu ini kerana kita tidak berada di tempat mereka. Namun mungkin mereka berasa tidak selesa dengan watak tentera Korea Utara diberikan imej yang baik walhal mereka sebenarnya bukan seperti itu realitinya.

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...