Ikuti Kami:

Bergabung Sebagai Kumpulan SSAK3, Kim Taehee Puji Rain Manakala Isteri Yoo Jaesuk Tonton Secara Sorok

Bergabung Sebagai Kumpulan SSAK3, Kim Taehee Puji Rain Manakala Isteri Yoo Jaesuk Tonton Secara Sorok

Kalau anda nak tahu, Yoo Jae-suk serta Lee Hyo-ri dan Rain telah bergabung dan menubuhkan kumpulan “SSAK3” bagi salah satu projek untuk rancangan kelolaan pengacara popular itu iaitu “How Do You Play?”.

Bahkan lagu mereka iaitu “Beach Again” menerima respons yang hangat daripada ramai peminat yang sememangnya sudah lama merindukan persembahan penyanyi veteran Rain dan Lee Hyo-ri. Mereka bertiga juga nyata gembira dengan penerimaan baik daripada netizen dan tak sangka mampu untuk menduduki tangga teratas bagi carta muzik tempatan.

isteri rain dan yoo jaesuk puji ssak3

Walaupun menyukai gabungan unik SSAK3 ini, ramai yang meluahkan rasa ingin tahu mengenai reaksi pasangan masing-masing.

Rain berkata,

Kim Tae-hee sangat menyukai projek ini. Apabila melihat tingkahlaku saya dalam televisyen sama sahaja ketika berada di rumah, dia berkata ‘Akhirnya, sisi yang disorok oleh awak ditunjukkan juga kepada seluruh dunia.’

Lee Hyo-ri juga menceritakan bahawa suaminya sangat gembira dengan komen positif yang ditinggalkan. Tambahan pula, lagu ciptaannya sendiri iaitu “Beach Again” berjaya mendapat No 1 membuatkan dia sukar mempercayai keajaiban ini.

isteri rain dan yoo jaesuk puji ssak3

Yoo Jae-suk pula meluahkan rasa malu sekiranya isterinya melihat persembahan SSAK3.

Saya tak pasti sama ada Na Kyung-eun sudah mendengar lagu ini tetapi saya rasa dia mendengarnya secara sorok-sorok. Saya berasa malu apabila melihat diri sendiri di dalam televisyen bersama keluarga, jadi saya boleh menontonnya bersama mereka.

Hebat betul penangan SSAK3 sehingga berjaya mengenepikan lagu idola dan juga pemuzik tempatan yang lain meskipun ini adalah kemunculan pertama mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...