Ikuti Kami:

Berdasarkan Cerita Sebenar, Video Teaser Filem ‘Road To Boston’ Lakonan Im Siwan Dikeluarkan

Berdasarkan Cerita Sebenar, Video Teaser Filem ‘Road To Boston’ Lakonan Im Siwan Dikeluarkan

Akhirnya, poster dan video teaser untuk filem “Road to Boston” sudah keluar!

Antara filem baru yang bakal dikeluarkan pada September nanti adalah “Road to Boston” lakonan Im Si-wan dan Ha Jung-woo.

Filem ini mengisahkan tentang pelari maraton kebangsaan Korea yang bersemangat untuk bersaing dalam acara maraton antarabangsa buat kali pertama selepas pembebasan Korea. Tambahan pula, Boston Maraton merupakan acara maraton berprestij yang mempunyai sejarah tersendiri. Acara ini diadakan setiap tahun pada hari Isnin ketiga setiap bulan April dan telah bermula pada tahun 1897.

Info untuk korang, filem “Road to Boston” menyampaikan sebuah kisah perjalanan bagi pelari pertama dari Korea yang berjaya mengatasi keadaan negaranya yang huru-hara selepas pembebasan terungkap.

Dalam poster terbaru, Ha Jung-woo, Im Si-wan dan Bae Sung-woo dilihat sedang berlari bersama-sama dibawah cahaya matahari untuk acara maraton.

Road To Boston

Video teaser “Road to Boston” dimulakan dengan penceritaan juruhebah stadium yang merupakan Juara Maraton Sukan Olimpik Berlin 1936, Son Ki-tei atau nama Korea Sohn Kee-chung. Kemudian, terdapat suara seorang lelaki berkata,

Oleh kerana kami tidak boleh berlari atas nama kami sendiri, kami harus membuatnya supaya anak-anak kami dapat bertanding untuk negara dan nama mereka sendiri.

Hangat dengan acara perlarian itu, tumpuan penonton berarah kepada pelari maraton yang dikenali sebagai ‘generasi kedua kepada Sohn Kee-chung’.

Untuk maklumat korang, filem ini berdasarkan dari cerita sebenar dan merupakan arahan Kang Je-gyu yang akan ditayangkan pada bulan September tahun ini.

Tak sabarnya nak tengok! Jangan lupa tonton tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...