Nampaknya, Lee Do-hyun ingin cuba memainkan watak baru menerusi drama “The Glory”.
Umum pasti mengetahui bahawa Lee Do-hyun sedang membintangi drama “The Glory” dengan wataknya sebagai Joo Yeo-jeong yang bertemu dengan Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) di universiti. Selepas menyatakan perasaan ikhlasnya kepada Dong-eun, Yeo-jeong menawarkan diri untuk membantunya membalas dendam kepada pembulinya di sekolah dahulu.
Meskipun keseluruhan “The Glory” membawa suasana ‘gelap’ namun, watak Joo Yeo-jeong berlainan sedikit memandangkan dia mampu membuatkan orang ketawa dengan sikap comel dan jujurnya. Bagaimanapun, itulah bukan peribadi sebenarnya kerana dia mempunyai banyak rahsia dan dendam yang terbuku di hati.
Meskipun tidak mempunyai banyak babak dalam bahagian 1 drama berkenaan namun, pelakon itu dijangka akan tampil dengan sisi dirinya yang lebih kejam dan mengejutkan, serta akan menjadi peranan penting kepada jalan cerita.
Dengan lakonannya yang meyakinkan setakat ini, pelakon itu telah dipuji dek berjaya memaparkan emosi dan ekspresi yang mampu meninggalkan impak pada penonton.
Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” akan ditayangkan pada Mac 2023 nanti. Sama-sama kita tunggu!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉