Ikuti Kami:

Berbelit Hingga Penonton Berteka-Teki, 6 K-Drama Penuh Plot Twist WAJIB Ditonton Di Netflix

Berbelit Hingga Penonton Berteka-Teki, 6 K-Drama Penuh Plot Twist WAJIB Ditonton Di Netflix

Drama Korea sememangnya hebat dalam pembikinan naskhah yang dipenuhi plot twist dan menggemparkan.

Sebab itu, anda tidak boleh terlepas daripada menonton 6 drama thriller dan misteri penuh saspens ini di Netflix.

Beyond Evil

netflix beyonde vil

Ikhsan dari Netflix

Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

Awaken

netflix awaken

Ikhsan dari Netflix

Kisah pembunuhan misteri di mana ia mengikuti kisah pelik yang berlaku pada masa kini dan juga kejadian enigmatik yang berlaku pada 28 tahun lepas. Do Jung-woo (Namgoong Min) ialah ketua pasukan yang bijak dan unik bagi sebuah gerakan khas di Agensi Polis Kebangsaan. Manakala Jamie (Lee Chung-ah) pula merupakan ejen FBI yang diambil sebagai anak angkat ketika kecil dan kembali ke Korea untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri yang berkait dengan memorinya yang hilang sewaktu kecil pada 28 tahun lalu.

Stranger 1 & 2

netflix stranger

Ikhsan dari Netflix

Ia menceritakan tentang seorang pendakwa yang tidak mempunyai perasaan, Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) dan seorang polis yang baik hati, Han Yeo-jin (Bae Doo-na). Kedua mereka bergabung tenaga untuk menangkap pembunuh bersiri dan membongkarkan rasuah yang berlaku secara senyap dalam pejabat pendakwaraya tersebut.

The Lies Within

netflix the lies within

Ikhsan dari Netflix

Mengisahkan tentang Jo Tae-sik (Lee Min-ki) yang merupakan seorang detektif yang bercita-cita tinggi tapi kini mahukan kehidupan yang lebih senyap dan normal. Disebabkan itu, dia telah berpindah ke balai polis terpencil di sebuah perkampungan kecil. Semasa di sana, dia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes kematian seorang ahli parlimen iaitu Kim Seung-cheol. Walaupun dikatakan kematiannya disebabkan oleh kemalangan jalan raya, tetapi Jo Tae-sik merasakan bahawa kes itu tidak diselesaikan secara telus. Lebih mengejutkan apabila menantu kepada ahli parlimen itu kemudiannya hilang.

Signal

netflix signal

Ikhsan dari Netflix

Drama ini berkisarkan tentang misteri jenayah yang diselesaikan dalam masa lampau (2000) dan masa sekarang (2015) dengan penggunaan ‘walkie-talkie’.

Extracurricular

netflix extracurricular

Ikhsan dari Netflix

Drama ini membawa kisah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang memilih jalan jenayah untuk mendapatkan duit sehingga mengancam ramai orang kerana pilihan mereka itu. Oh Jisoo (Kim Donghee) telah melakukan kesalahan yang sangat teruk hanya kerana mahu membuat duit bagi menampung pelajarannya secara sendiri.

Seo Minhee (Jung Dabin) seorang pembuli juga turut terlibat dengan jenayah Jisoo, begitu juga dengan rakan sekolah lelaki itu iaitu Bae Gyuri (Park Joohyun). Keputusan yang salah ini membawa mereka semua kepada kancah kesan yang tidak membolehkan mereka untuk berpatah balik. Hanya kehidupan jenayah dan penuh keganasan yang menanti mereka.

Jangan lupa layan semua drama ini di Netflix okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...