Ikuti Kami:

Berbahagia Akhirnya, Ramai Selebriti Korea Tamatkan Zaman Bujang Pada 2022 Ini

Berbahagia Akhirnya, Ramai Selebriti Korea Tamatkan Zaman Bujang Pada 2022 Ini

Nampaknya, tahun 2022 ini meriah dengan majlis perkahwinan oleh ramai selebriti Korea.

Selepas menjalinkan hubungan beberapa lama, ramai selebriti Korea telah menamatkan zaman bujang mereka dan melangkah ke alam perkahwinan pada tahun ini.

Jom lihat antara selebriti Korea yang telah berkahwin dengan cinta hati mereka!

Choi Taejoon & Park Shinhye

park shinhye choi taejoon

Pada 22 Januari yang lalu, Choi Tae-joon dan Park Shin-hye telah selamat berkahwin di Seoul, selepas mengumumkan bahawa pelakon wanita itu sedang mengandung anak pertama mereka. Kini, kedua mereka merupakan ibu bapa kepada anak lelaki yang diberi nama Choi Joo-won.

Hyunbin & Son Yejin

hyunbin son yejin

Selepas sama-sama membintangi “Crash Landing on You”, pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Mac lalu. Dua bulan selepas berkahwin, Son Ye-jin diumumkan sedang hamil dan mereka berdua kini telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata lelaki.

Chansung 2PM

chansung 2pm

Pada awal Januari, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Chan-sung 2PM bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita bukan selebriti dan juga sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Kini, idola itu merupakan bapa kepada anak perempuan pertamanya.

Namgoong Min & Jin Ahreum

namgoong min jin ahreum

Selepas lama menyulam kasih, pasangan Namgoong Min dan Jin Ah-reum telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 7 Oktober dan dihadiri ramai rakan selebriti seperti Seol-hyun AOA, Lee Jun-ho dan ramai lagi.

Ma Dongseok & Ye Jeonghwa

ma dongseok ye jeonghwa

Pada 20 Oktober di majlis ‘SACF Artists Of The Year Award’, Ma Dong-seok telah memenangi Anugerah Artis Filem untuk filem “The Roundup”. Ketika memberikan ucapan, pelakon itu telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan bahawa dia telah setahun berkahwin bersama pilihan hatinya, Ye Jeong-hwa.

Jang Nara

jang nara

Pada 26 Jun, pelakon Jang Na-ra telah selamat bergelar isteri kepada lelaki bukan selebriti, yang 6 tahun lebih muda daripadanya.

Kevin Oh & Gong Hyojin

gong hyojin kevin oh

Pada 11 Oktober, agensi telah mengumumkan bahawa Gong Hyo-jin akan berkahwin dengan cinta hatinya Kevin Oh, dan majlis perkahwinan mereka diadakan di New York.

Go Sunghee

go sunghee

Ketika sedang membintangi drama “Gaus Electronics”, pelakon Go Sung-hee mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya bersama lelaki bukan selebriti pada November. Tambahan, majlis perkahwinan mereka juga telah dijalankan secara tertutup.

Lee Kiwoo

lee kiwoo

Pada 23 Ogos, agensi Lee Ki-woo telah mengumumkan bahawa pelakon itu akan berkahwin dengan teman wanita bukan selebritinya pada bulan September dan majlis mereka diadakan di Pulau Jeju.

Lee Kyuhyuk & Son Dambi 

son dambi lee kyuhyuk

Pada 14 Mei, penyanyi Son Dam-bi telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Lee Kyu-hyuk, seorang bekas atlet kebangsaan. Majlis mereka diadakan secara tertutup kerana COVID-19, yang dihadiri hanya rakan terdekat serta keluarga pasangan.

Hwang Jaegyun & Jiyeon T-ARA

jiyeon hwang jaegyun

Pada 10 Disember, Ji-yeon telah berkahwin dengan seorang pemain besbol Hwang Jae-gyun dan majlis mereka dihadiri ramai rakan selebriti seperti IU, Jin BTS, ahli T-ARA dan ramai lagi.

Semoga hubungan mereka akan berkekalan dan berbahagia selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...