Ikuti Kami:

“Berat Badan Saya Naik” – Seolhyun Dedah Rutin Harian Semasa Piala Dunia Qatar 2022

“Berat Badan Saya Naik” – Seolhyun Dedah Rutin Harian Semasa Piala Dunia Qatar 2022

Selepas berlakon dalam drama “Summer Strike”, apa agaknya rutin Seol-hyun eh?

Baru-baru ini, Seol-hyun telah muncul dalam satu video di saluran YouTube Singles. Dalam video tersebut, dia telah mendedahkan rutin hariannya ketika Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut pelakon itu, dia menonton setiap perlawanan bola dan tidur pada jam 6 pagi. Kemudian, dia akan bangun pada pukul 2 petang untuk menikmati ubi keledek dan kopi, sebagai makanan pertamanya pada hari itu.

seolhyun

Seol-hyun juga mendedahkan situasinya dan berkata,

Selepas penggambaran drama ‘Summer Strike’, saya tidak melakukan apa-apa sebenarnya.

Selepas itu, dia akan baring di atas katil sehingga pukul 6 petang. Kemudian hingga pukul 9 malam, dia akan melakukan senaman.

Dalam pada itu, Seol-hyun juga menjelaskan bahawa kehidupan hariannya begitu santai sekarang.

Ada hari saya akan bersenam dan ada hari saya akan mendaki. Selain dari itu, saya akan keluar berjalan bersama-sama anjing saya pada setiap hari.

Tambahnya lagi, wanita itu akan makan sebelum dan selepas bersenam. Sehingga jam 1 pagi keesokkan harinya, dia akan mengisi masa lapang yang ada untuk menonton drama, filem, dan dokumentari. Seol-hyun menyatakan bahawa hobinya juga termasuklah kelas seni dan mengait.

seolhyun

Seol-hyun turut mengulas,

Ini musim Piala Dunia, jadi saya tidak dapat mengawalnya dengan baik. Saya akan makan ayam, daging itik dan babi serta tteokbokki ketika menonton perlawanan. Jadi, berat badan saya agak bertambah baru-baru ini dan perlu bekerja keras untuk mengekalkan berat badan ideal.

Apa-apa pun Seol-hyun tetap nampak cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...