Ikuti Kami:

Berani! Pelakon Lee Yikyung Didedahkan Bantu Selamatkan Individu Cuba Bunuh Diri Di Tengah Jalan Raya

Berani! Pelakon Lee Yikyung Didedahkan Bantu Selamatkan Individu Cuba Bunuh Diri Di Tengah Jalan Raya

Dalam keadaan kecemasan, pertolongan daripada orang ramai pastinya sangat diperlukan. Sama juga dengan apa yang berlaku kepada seorang individu yang dalam percubaan bunuh diri Jambatan Hannam, Korea.

Laporan mengatakan bahawa seorang lelaki mabuk cuba untuk melompat di hadapan trak pengangkutan barang yang sedang bergerak pada pagi 19 Mac. Walaubagaimanapun percubaan itu gagal apabila trak tersebut berjaya berhenti sebelum melanggar individu tersebut. Ingatkan sampai situ sahaja, namun lelaki itu terus berjalan di tengah jalan raya yang penuh dengan kenderaan itu.

Pemandu trak tersebut cuba menghalang lelaki itu dan dalam masa yang sama, pelakon Lee Yikyung turut sama keluar daripada kenderaannya untuk memberikan pertolongan.

Pemandu trak tersebut keluar dan cuba untuk memegang individu mabuk tersebut. Kenderaan yang dinaiki oleh Lee Yikyung berada di belakang trak tersebut dan dia pun turut keluar untuk membantu pemandu trak tersebut untuk menghalang individu itu daripada terus membahayakan diri sendiri.

Lee Yikyung memegang erat individu tersebut untuk jangka masa yang lama sebelum pertolongan tiba dan lelaki itu berterusan cuba untuk ke jalan raya atau pun terjun daripada jambatan itu. Semua orang kelihatan gementar atau pun takut, tetapi pelakon itu langsung tidak nampak teragak-agak. Dia juag menanggalkan kotnya untuk lelaki mabuk itu kerana dia menggigil kesejukan. Dia selamatkan nyawa lelaki tersebut.

Pihak polis sampai di tempat kejadian selepas beberapa ketika dan membawa individu mabuk itu ke tempat yang lebih selamat.

lee yikyung bantu lelaki cuba bunuh diri

Disebabkan oleh sikap teliti dan berani pelakon tersebut, ramai yang memujinya kerana tindakannya yang pantas itu. Agensinya iaitu HB Entertainment turut tampil untuk memberikan kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Kami juga mengetahui mengenai perkara ini menerusi laporan berita. Selepas menghubungi Lee Yikyung, dia mengakui kesahihan berita tersebut. Dia menyatakan bahawa dia berlari keluar daripada kereta kerana insiden tersebut berlaku di hadapan kenderaannya dan situasi itu nampak merbahaya. Lee Yikyung juga meluahkan rasa malu kerana tindakannya itu kini diketahui oleh orang ramai.

Berapa ramai orang yang mampu tindakan pantas seperti Lee Yikyung? Tahniah atas keberanian anda!

Sumber: Sports World

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...