Ikuti Kami:

Beraksi Intim Dengan Wanita Simpanan Sebelah Isteri, Babak K-Drama Baru Ini Jadi Perdebatan Penonton

Beraksi Intim Dengan Wanita Simpanan Sebelah Isteri, Babak K-Drama Baru Ini Jadi Perdebatan Penonton

Nampaknya “Woman In A Veil” bermula dengan impak hebat hingga menjadi perbualan penonton selepas beberapa episod bersiaran.

Ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat di KBS, drama pembalasan dendam ini membawa kisah Jung Gyul-wool (Shin Go-eun) yang sengsara dek dibenci keluarga suami yang kaya. Bukan sahaja dipandang rendah malah lelaki yang dicintai separuh mati itu sebenarnya berselingkuh dengan rakan baiknya sendiri.

Cemburu dengan kebahagian yang dimiliki Jung Gyul-wool, Joo Ae-ra (Lee Chae-young) yang juga merupakan setiausaha suami rakannya itu telah mengikuti pasangan berkenaan ke percutian mereka. Lebih mengejutkan apabila Joo Ae-ra memberikan ubat tidur buat sahabatnya itu sebelum berkelakuan intim bersama Nam Yoo-jin (Han Ki-woong), bersebelahan dengan Jung Gyul-wool yang sedang tidur lena.

kbs woman in a veil

Komen penonton selepas melihat babak liar itu,

Kenapalah drama stesen awam seperti ini.. tak ada pembaharuan langsung..

 

Lee Chae-young memang asyik bawa watak perempuan simpanan ke..

 

Adakah dia apengganti Joo Dan-tae?

 

Kita dalam zaman apa ni.. nampak murah bila buat babak seperti ini.

 

Macam ini ke plot drama stesen awam?

Lain macam K-Drama sekarang..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...