Ikuti Kami:

Berakhir Bahagia, Episod Akhir ‘The Goddess Of Revenge’ Raih Rating Biasa

Berakhir Bahagia, Episod Akhir ‘The Goddess Of Revenge’ Raih Rating Biasa

Berakhir sudah drama bertemakan dendam “The Goddess Of Revenge” yang ditayangkan di TV Chosun.

Sinopsis ringkas

“The Goddess Of Revenge” merupakan drama misteri mengenai seorang wanita yang tanpa sengaja mendapat peluang untuk membalas dendam. Dalam proses tersebut, wanita itu mendapati dirinya berdepan dengan orang yang berpengaruh dalam masyarakat.

Kim Hae-ra (Kim Sa-rang) pernah bekerja sebagai wartawan namun tiada siapa yang menghargai kerjanya. Kini, selepas berkahwin dengan seorang selebriti, dia menjadi antara individu berpengaruh di Korea Selatan. Namun begitu, tanpa sengaja, dia terlibat dengan satu skandal yang menyebabkan dia dihumban ke lembah paling gelap. Kim Hae-ra walaubagaimanapun bangkit untuk membalas dendam.

episod akhir the goddess of revenge

Cha Min-joon (Yoon Hyun-min) ialah seorang peguam dingin yang mempunyai kadar kemenangan 100%. Selepas keluarganya terperangkap di penipuan dan musnah, dia hanya memikirkan mengenai kejayaan dan cara untuk membalas dendam bagi pihak keluarganya.

Akhirnya gembira

Selepas Kim Hae-ra dan Cha Min-joon berjaya menumpaskan Kim Tae-on (Yoo Sun) meskipun wanita itu mempunyai penuh muslihat, geng mereka sepertinya berterusan akan membalas dendam lagi.

episod akhir the goddess of revenge

Dengan pengakhiran bahagia tersebut, “The Goddess Of Revenge” menutup tirainya dengan catatan rating 2.877% iaitu satu nombor yang biasa sepanjang tayangannya.

Sesiapa yang meminati K-drama dengan plot membalas dendam, sudah pasti anda akan menyukai drama ini. Jadi, bolehlah marathon selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...