Ikuti Kami:

Berada Dalam Ranking Top 10, 3 K-Drama Popular Jadi Pilihan Penonton Malaysia Di Netflix Kini

Berada Dalam Ranking Top 10, 3 K-Drama Popular Jadi Pilihan Penonton Malaysia Di Netflix Kini

Rasanya semua sedia maklum bahawa laman penstriman popular iaitu Netflix merupakan antara medium utama kepada peminat K-Drama untuk mendapatkan pelbagai kandungan hebat daripada Korea. Bukan sahaja drama bahkan filem juga banyak disajikan di laman tersebut!

Rasanya di Malaysia pun, sudah ramai yang menjadi peminat tegar drama Korea. Bahkan ada yang melanggan Netflix semata-mata untuk mendapatkan akses kepada pelbagai K-Drama yang hebat.

Nah! Senarai drama Korea yang kini menjadi tontonan ramai di Netflix!

Tangga Pertama, “The King: Eternal Monarch”

the king: eternal monarch

Sebuah drama romantik fantasi yang membawa genre itu ke dimensi yang lain. Ia mengisahkan hubungan di antara dua dunia selari yang sangatlah berbeza hakikatnya. Raja Lee Gon (Lee Min-ho) mencari cara untuk menutup pintu gerbang di antara dua dimensi ini manakala pegawai polis iaitu Jung Tae-eul (Kim Go-eun) hanya mahu menyelamatkan orang lain dan melindungi nyawa orang yang disayanginya.

Baru sahaja menamtkan tayangan beberapa hari lepas tetapi penonton masih lagi tidak ‘move on’ daripada drama ini. Mungkin disebabkan sinematografi yang menakjubkan tetapi anda boleh rasa seperti berada di dunia lain semasa menontonnya.

Tangga Ke-6, “Mystic Pop-Up Bar”

drama mystic pop-up bar

Pemilik bar yang berusia 500 tahun iaitu Wol-ju (Hwang Jung-eum) perlu menyelesaikan masalah 10,000 orang sebelum berjaya melepaskan diri daripada diheret ke neraka. Bagi menjayakan misi tersebut, dia bekerjasama dengan Kang-bae (Yook Sung-jae) yang mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh membuatkan sesiapa sahaja berkongsi rahsia mereka apabila disentuh olehnya. Daripada situ, Wol-ju, Kang-bae dan Gui (Choi Won-young) telah menceroboh masuk dalam mimpi orang lain bagi menyelesaikan kerisauan mereka.

Sepanjang tayangannya, drama ini telah dibanjiri pujian penonton pada saban episod dek suntingan efek grafik yang nampak ‘real’ dan mengagumkan. Bahkan setiap seorang daripada pelakon utamanya telah menonjolkan lakonan yang hebat sehingga membuatkan penonton duduk melekat di hadapan kaca televisyen tanpa rasa jemu.

Tangga Ke-10, “Hospital Playlist”

musim kedua hospital playlist dalam perbincangan

Kisah lima sekawan belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di dalam sebuah hospital yang sama. Setiap daripada mereka mempunyai personaliti berbeza, Ik-joon (Jo Jung-seok) yang pandai tetapi liar, Seok-hyeong (Kim Dae-myung) yang anti-sosial, Joon-wan (Jung Kyung-ho) dibenci ramai kerana kebengisannya, Jung-won (Yoo Yeon-seok) yang sensitif dan Song-hwa (Jeon Mi-do) yang merupakan ’emak’ kepada kumpulan tersebut. Bersama-sama dengan lima doktor hebat ini, penonton akan dibawa melalui kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

Walaupun sudah hampir dua minggu melabuhkan tirai tapi kebanyakan penonton sepertinya tidak mampu melepaskan lagi drama perubatan ini. Padat dengan kisah bahagia, kesal, marah, duka dan gembira, ramai yang merasai pelbagai perasaan semasa menonton “Hospital Playlist”. Tapi jangan risau kerana musim kedua bakal menemui semua pada 2021 nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...