Selepas drama “The Glory” tamat, pelbagai cerita di belakang tabir telah dikongsi oleh para pelakon.

Terbaru, pelakon yang memegang watak penjahat dalam drama “The Glory” iaitu Lim Ji-yeon, Park Sung-hoon, Kim Gun-woo, Kim Hieora dan Cha Joo-young telah muncul sebagai tetamu dalam video W Korea di saluran YouTube.
Dalam video tersebut, 5 pelakon itu sedang menjalani ujian tahap kemesraan mereka dengan menulis profil masing-masing. Kemudian, Park Sung-hoon telah menulis ‘bentuk badan’ sebagai titik pesona sebenar buat Kim Gun-woo yang berbeza daripada wataknya.
Pada masa yang sama, Park Sung-hoon turut memuji bentuk badan Kim Gun-woo,
Saya pernah melihatnya dalam drama ‘Fight for My Way’. Awak hanya memakai seluar dalam sahaja.
Secara tiba-tiba, Lim Ji-yeon mendedahkan bahawa Kim Gun-woo terkenal dengan bentuk badannya ketika belajar di Universiti Seni Kebangsaan Korea.
Biar saya beritahu awak semua tentang satu perkara lagi. Kami berdua dari Universiti Seni Kebangsaan Korea. Dia adalah orang yang mempunyai bentuk badan yang terbaik di universiti tersebut.
Selepas dengar pendedahan tersebut, Kim Hieora turut bersetuju dengan Lim Ji-yeon dan berkata,
Dia adalah pelajar terbaik juga.
Wah, tak sangka Kim Gun-woo dapat gelaran badan cantik di universiti dia.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉