Ikuti Kami:

Benam Rekod ‘Voice 2’, ‘The Uncanny Counter’ Catat Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran OCN

Benam Rekod ‘Voice 2’, ‘The Uncanny Counter’ Catat Rating Tertinggi Dalam Sejarah Saluran OCN

Makin dahsyat penangan drama terbaru OCN iaitu “The Uncanny Counter”!

Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

Pada 13 Disember, dilaporkan bahawa drama lakonan Yoo Jun-sang dan Jo Byeong-hyu itutelah meraih rating tertinggi setakat tayangannya kini. Menurut Nielsen Korea, drama ini mencatat rating sebanyak 7.7% pada episod ke-6 yang ditayangkan baru-baru ini.

the uncanny counter

Bukan itu sahaja, “The Uncanny Counter” turut memecah rekod OCN dengan rating yang paling tinggi sekali pernha dicatatkan oleh saluran itu. Rekod sebelum ini dipegang oleh “Voice 2” pada tahun 2018 dengan catatan 7.1%.

Rasanya drama ini juga popular di Netflix kini, ada tak antara korang yang menonton “The Uncanny Counter”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...